Monday, September 10, 2007

Manusia bertanya al-Quran menjawab

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya. "

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg
beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-
daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu
berjaya (mencapai kemenangan). "

-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal. "

-Surah At-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

"... .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya
tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

3 comments:

Anonymous said...

Rahmat Allah (Harapan dan Khauf)


Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a , Rasulullah s.a.w mengajak Wahayi masuk Islam. Maka dia menjawab:

“Bagaimana aku hendak masuk Islam, agama kamu menerangkan bahawa siapa sahaja yang membunuh, musrik atau berzina, maka dia akan mendapat seksaan yang pedih dan berlipat ganda. Padahal, aku telah mengerjakan segalanya itu.”


Kermudian turun ayat berikut:


“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik.” (surah al Furqan ayat 70)


Wahayi menjawab:

“Ini syarat berat yang mungkin aku tidak mampu untuk melaksanakannya. Adakah yang selain itu?”


Maka turun pula ayat berikut:


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan syariaatNya.” (surah an Nissa’ ayat 48)


Kata Wahayi:

“Sekartang aku masih lagi ragu. Dapatkah dosaku yang banyak ini diampunkan oleh Allah.”


Dan turun ayat yang berikutnya pula:


“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.” (surah az Zumar ayat 53)


Kata Wahyi:


“Inilah yang aku tunggu”, maka dia pun memeluk agama Islam.


Syaikhani dari Abu Said al Khudry meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w menerangkan:


“Terdapat seorang Bani Israel yang telah membunuh sebanyak sembilah puluh Sembilan kali. Kemudian dia bertanya kepada seorang pendita:


“Apakah dosaku boleh diampunkan?”


Jawab pendeta: “Tidak mungkin kerana dosamu terlalu banyak!”


Maka Pendeta itu pun dibunuhnya. Maka dengan ini bererti sudah genap seratus bilangan jiwa yang telah dibunuhnya. Kemudian dia bertanya, dimana kah terdapatnya orang yang lebih pintar. Kemudian dia dihantar kepada seorang Alim, lalu dia pun bertanya seperti apa yang telah ditanyakan kepada pendita tadi.

Jawab orang Alim:


“Tentulah kau diampunkan. Tidak ada sesuatu pun yang menghalang taubatmu.” Kata orang Alim seterusnya, “Kini pergilah engkau kesebuah negeri dimana terdapatnya orang-orang yang sedang beribadat kepada Allah. Ikutilah mereka dan jangan kembali ketempat asalmu kerana disana banyak kejahatan.”


Maka berangkatlah orang itu keNegeri yang dimaksudkan oleh orang Alim tadi. Tetapi ditengah perjalanan, orang itu meninggal dunia. Lalu datanglah dua orang malaikat. Malaikat rahmat dan malaikat azab.

Malaikat azab berkata:

“Ini tugasku kerana orang ini banyak melakukan maksiat.”


Malaikat rahmat menyahut:

“Memang benar tetapi dia sudah bertaubat dan akan beribadat diNegeri yang ditujunya.”


Kata malaikat azab:

“Perkara ini benar, tetapi dia belum sampai ke tujuan dan belum melaksanakannya.”


Pada saat mereka sedang sengit berdebat, datanglah malaikat membawa perintah agar diukur perjalanannya. Setelah diukur ternyata dia lebih mendekatkan dirinya ketempat tujuannya dengan perbedzaan sebanyak satu jengkal sahaja. Maka, masuklah dia dalam urusan malaikat rahmat iaitu termasuk dalam golongan orang-orang baik.


Ayat-ayat tentang harapan:


“Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya (surah az Zumar ayat 53)


“Dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah.” (surah ali Imran ayat 135)


“Yang mengampunkan dosa, dan Yang Menerima taubat.” (surah Ghaafir ayat 3)


“Dan Dialah Tuhan yang Menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan) (surah asy Asyura’ ayat 25)


“Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah) .” (surah al An’aam ayat 54)


“Dan rahmatKu meliputi segala sesuatu.” (surah al A’raaf ayat 156)


“Maka Aku akan menentukannya, bagi orang yang bertaqwa.” (surah al A’raaf ayat 156)


“Sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihanNya dan rahmatNya kepada umat manusia.” (surah al Hajj ayat 65)


“Dan adalah ia sentiasa melimpah-limpah rahmatNya kepada orang yang beriman (didunia dan akhirat).” (surah al Ahzab ayat 43)


Itulah beberapa ayat mengenai harapan (raja’)


Sedangkan ayat-ayat mengenai khauf pula diantaranya adalah seperti berikut:


“Oleh itu bertaqwa kepadaKu wahai hamba-hambaKu!” (surah az Zumar ayat 16)


“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (surah al Mukminum ayat 115)


“Patutkah manusia menyangka bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak memberi tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?” (surah al Qiyaamah ayat 36)


“(Balasan yang baik yang dijanjikan oleh Allah itu) tidak akan didapati hanya dengan angan-angan kamu semata-mata, dan tidak pula dengan angan-angan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani). Sesiapa yang melakukan kejahatan, ia akan dibalas dengan kejahatan itu, dan dia pula tidak akan mendapat selain dari Allah. Seseorang pun yang melindunginya dan tidak ada juga yang dapat menolongnya.” (surah an Nissaa’ ayat 123).


“Sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.” (surah al Kahfi ayat 104)


Setelah jelas nyata kepada mereka dari (hukum) Allah, azab yang mereka tidak pernah fikirkan.” (surah az Zumar ayat 47)


Dan kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik, lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.” (surah al Furqan ayat 23)


Disamping itu, juga terdeapat ayat-ayat yang meggabungkan diantara khauf dan raja’. Dianta firmanNya ialah:


"Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh)."(surah al Hijr ayat 49)


“Dana bahawa azabKu, ialah azab yang tidak terperi sakitnya ( bagi mereka yang tetap dalam kedurhakaannya) .” (surah Al Hijr ayat 50)

Anonymous said...

10 Pesanan Lukmanul Hakim Kepada Anaknya


Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:
“Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” QS. 31:13
Tiada kata seindah doa dan nasihat yang berguna, Lukmanul Hakim adalah seorang hamba pilihan Allah, yang dianugerahi banyak hikmah dan rahsia kehidupan. Pada anaknya Lukmanul Hakim memberi nasihat, yang sarat makna dan rahsia kehidupan, semuga jadi pegangan.


1. Wahai Anakku yang ku sayangi…

Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT.

2. Wahai anakku yang ku sayangi…

Sesungguhnya orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar telah menerima kemuliaaan dari Allah.

3. Wahai anakku yang ku sayangi…

Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu’ kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat.

4. Wahai anakku yang ku sayangi…

Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.

5. Wahai anakku yang ku sayangi…

Jauhkanlah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6. Wahai anakku yang ku sayangi…

Selalu berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak derhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT

7. Wahai anakku yang ku sayangi…

Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan senantiasa melamunkan perkara yang tidak benar, ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau kehormatan.

8. Wahai anakku yang ku sayangi…

Engkau telah merasakan betapa berat memindahkan batu itu dan besi yang amat berat tetapi akan berat lagi dari semua itu, adalah apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

9. Wahai anakku yang ku sayangi…

Janganlah sekali-kali engkau mengirimkan seseorang yang bodoh menjadi utusan. Jika tidak ada orang yang cerdas dan pintar, sebaiknya dirimu sendiri yang menjadi utusan.

10. Wahai anakku yang ku sayangi…

Makanlah makanan bersama orang-orang yang bertakwa dan musyawarahkanlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat daripadanya.

Anonymous said...

1. Al-Musayyab bin Radi r.a. berkata Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang berbuat kebaikan pada hari Jumaat akan dilipat gandakan baginya pahala dari hari-hari lain dan siapa yang berbuat kejahatan maka demikian pula." - Riwayat Ibnu Zahjadari



2. Abayah b. Rifaah r.a. mengkhabarkan bahawa ia bertemu dengan Abu Abbas ketika dia pergi ke Jumaat Abu Abbas berkata kepadanya bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa berdebu kedua kakinya kerana berjalan di jalan Allah nescaya diharamkan Allah baginya api neraka." - -Sahih Bukhari



3. Ibnu Abbas r.a. katanya; "Mandilah kamu pada hari Jumaat, dan basuhlah kepalamu meskipun kamu tidak janabat dan sentuhlah yang harum-harum." - Riwayat Ahmad Ibnu Hibbin



4. Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri sembahyang Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi, maka adalah lebih baik." - Riwayat Abu Dawud



5. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya; "Siapa yang menziarahi kubur kedua atau salah seorang ibu bapanya sekali pada setiap Jumaat,nescaya diampunkan dosanya dan dia ditulis sebagai orang yang berbakti kepada kedua ibu bapanya." - Riwayat Al-Hakim



6. Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a katanya: Ketika Nabi s.a.w sedang berkhutbah pada hari Jumaat, datanglah seorang lelaki. Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: Adakah engkau telah mendirikan sembahyang Tahiyyatulmasjid, Wahai Polan! Orang itu menjawab: Belum! Rasulullah s.a.w bersabda: Bangun dan sembahyanglah!.



7. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya; "Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) diantara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat." - Riwayat Muslim & Abu Dawud



8. Nabi s.a.w. bersabda;"Tiada seorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menyelamatkan dari ujian kubur." - Riwayat Ahmad & Attirmidzi



Sesiapa yang ditanya sesuatu ilmu lalu di sembunyikannya, maka orang itu pada hari akhirat kelak akan di kekang dengan kekangan api neraka". H. R Abu Daud, Termidzi