Saturday, January 2, 2010

Mimpi Yang Hebat

Terdapat dua mimpi yang hebat yang pernah saya lalui. Pertama ialah pada tahun 1987 sewaktu saya belajar di MRSM Kulim kedah mengikuti kursus matrikulasi. Saya bermimpi melihat As Syahid Imam Hassan al-Banna datang menziarahi kami di maktab. Beliau diiringi oleh sekumpulan pelajar yang aktif dakwah seperti Abang Muzammil, dan beberapa lagi pelajar yang saya sudah lupa namanya. Suatu mimpi yang panjang dan diselubungi ketenangan dengan kehadiran seorang tokoh ulamak. Saya terjaga kira-kira jam 4 pagi pada hari Jumaat tersebut dan terus menuju ke masjid untuk menunaikan solat.

Mimpi yang kedua ialah sewaktu malam terakhir menunaikan haji pada tahun 2008. Pada malam tersebut saya beriktikaf di Masjidil Haram dan saya tidur di tingkat bawah. Saya bermimpi kehadiran Rasullulah SAW di dalam masjlis yang diadakan di mosolla kami. Saya amat kagum dengan kesabaran Rasulullah kerana saya merasakan Rasullullah tersangat lapar kerana majlis yang lama dan hairan mengapa sahabat saya belum menghidangkan makanan untuk Rasullullah SAW. Saya pun menyediakan makanan untuk Baginda. Setelah selesai majlis saya melihat manusia berbaris untuk bersalam Rasullulah SAW.

Rasullullah tersenyum riang apabila melihat saya seolah-olah beliau menjumpai orang yang ingin dicarinya. Saya bersalam dengan Rasullullah, memeluk beliau dan mengucupnya sebanyak 2 kali. Setelah itu saya terjaga kira-kira jam 4 pagi, saya terpegun sejenak dengan mimpi yang hebat itu. Saya teringat akan doa saya ingin bermimpi dengan Rasulullah akhirnya dikabulkan. Begitulah kehebatan doa di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Teringat juga selawat saya kepada Rasullah semasa berpeluang menguncup Hajarul Aswad sebanyak 2 kali.

Apa yang penting adalah senyuman Rasulullah. Saya sebenarnya khuatir dengan pandangan Rasulullah terhadap keadaan saya yang dhaif dari segi iman. Suatu yang amat berbeza semasa bermimpi berjumpa Imam Hassan al-Banna wajahnya bercahaya, tetapi semasa berjumpa Rasullullah seluruh tubuh dan pakaian beliau terang benderang bercahaya. Wallahu'alam.

=Radzi=

1 comment:

Anonymous said...

salam.
betul ke mimpi tu?